Perdana Menteri Kelantan Berketurunan Long Gaffar Sejarah Kelantan

Long Gafar yang merupakan putera Raja Reman dan sahabat karib kepada Raja Long Yunus banyak membantu Long Yunus didalam menyatukan Kelantan. Raja Kelantan Long Yunus telah menganugerahkan kawasan timur Kelantan iaitu dari Sungai Pengkalan Datu di Pasir Tumboh hingga ke Bukit Yong di sempadan Terengganu sebagai kawasan autonomi dibawah pentadbiran keluarga Long Gafar. Jawatan Long Gafar dan keturunannya ialah sebagai wizurai (wakil raja) dan memakai gelaran Tengku Sri Maharaja bagi mentadbir kawasan timur Kelantan, seperti Sultan Terengganu melantik Tengku Seri Indera Segara sebagai Raja dan wakilnya di Besut.

  • Tengku Sri Maharaja Perdana Menteri Long Gaffar Bin Raja Long Nik Leh (1775-1794)
    • Merupakan Raja Muda negeri Reman tetapi suka merantau. Sampai di Kelantan pada 1750-an selepas Perang Kota Kubang Labu II
    • Dilantik menjadi Perdana Menteri Kelantan dengan gelaran Tengku Sri Maharaja Perdana Mantri pada tahun 1763
    • Mangkat pada 1794 dan dimakamkan di Limbat
  • Tengku Sri Maharaja Jeram Engku Long Seri
    • Memindahkan pusat pemerintahan dari Limbat ke Jeram
    • Mangkat pada usia 137 tahun
    • Mempunyai 15 putera dan 4 puteri
  • Tengku Sri Maharaja Jeram Engku Long Demor
    • Putera kedua kepada Engku Long Sri
  • Tengku Sri Maharaja Jeram Engku Chik Pandak
    • Menaiki tampuk pemerintahan Jeram pada tahun 1878
    • Dimakamkan di Kota Jeram
  • Tengku Sri Maharaja Jeram Tuan Ahmad Bin Eengku Chik Pandak
    • Menaiki tampuk pemerintahan Jeram pada tahun 1905
    • Bercita-cita menubuhkan negeri baru yang merdeka dari Sultan Muhammad IV dan bebas dari pengaruh Inggeris.
    • Baginda bersama-sama Tok Janggut memberontak pada tahun 1915. Dikalahkan oleh pasukan Inggeris.
    • Kemudiaannya berhijrah ke Kota Bharu di negeri Reman

Long Gaffar membantu Paduka Seri Long Yunus menguasai Kelantan (ketika itu dipanggil "Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong", Negeri Cik Siti Wan Kembang). Setelah menang perang iaitu perang Kota Kubang Labu 1. Perang tersebut berlaku selepas raja Kota Kubang Labu yang bernama Long Pandak membunuh isterinya yang merupakan puteri Raja Legeh (Narathiwat dan Jeli sekarang).

Puteri tersebut bernama Puteri Neng Mas(Tengku Tengah, adik Long Deraman) adalah juga merupakan sepupu Long Gaffar dibunuh kerana dituduh berzina dengan Long Gaffar kerana memiliki "kain Cindai" yang bernama "Cepa Melaka" yang dimiliki oleh Long Gaffar. Sebenarnya kain cindai tersebut dipinjamkan oleh Long Gaffar semasa lawatannya ke Kota Kubang Labu, kebetulannya pada masa ketiadaan Long Pandak. Puteri Neng Mas telah dibunuh dengan kejam, di mana mayatnya telah dibelah perut dan diikat di atas belakang gajah yang bernama "Neng Malai" yang dihadiahkan oleh oleh Raja Legeh. Peristiwa inilah yang membangkitkan kemarahan Raja Reman dan Raja Legeh.

Gelaran "Long"

Sudah menjadi adat di kalangan raja-raja Melayu pula, putera sulung mereka akan mewarisi takhta. Jadi Long Gaffar adalah putera sulong Raja negeri Reman (yang terletak di Yala, Selatan Thailand hingga Hulu Perak sekarang).Pendapat yang menyatakan riwayat lain ada menyebut bahawa gelaran Long berasal daripada perkahwinan diantara pihak lelaki yang berstatus Wan dengan pihak perempuan berstatus Raja atau Nik,ini boleh dibuktikan dengan perkahwinan Draja dahulukala dimana seorang kerabat berstatus Wan iaitu Wan Daim digelar Dato'Pangkalan Tua(Raja Patani) telah berkahwin dengan seorang kerabatnya berstatus Raja kemudian daripada ini lahirlah keturunanya yang diberi nama Long Sulong dipangil juga Tuan Sulong,Long Baha kemudian digelar Tuan Besar Jembal,Long Senik Geting kadang-kadang dipangil juga Tuan Wook dan Long Nik kemudian digelar Dato Pasir. walaubagaimana pun status kepada gelaran Engku,Wan,Tuan,Long,Nik dan Raja adalah sama tarafnya sebelum abad ke-20.Pendapat mengatakan bahawa perkataan "Long" itu berasal daripada perkataan Siam "Luang" yang diambil daripada "Luk Luang" yang bererti "Anak Raja". Dalam tradisi Siam, kesemua anak-anak raja akan digelar Luk Luang. Namun berdasarkan carta organisasi keluarga diraja Kelantan/Pattani lama, kebanyakan anak-anak lelaki diberi pangkal nama "Long" tanpa mengira sama ada anak sulung atau tidak. Dalam hal ini menampakan dalam konteks gelaran "Long" ciri-ciri kepada kesepakatan bukti maklumat ini lebih kepada menyokong maklumat pendapat yang kedua itu. (Ini berbeza dengan Long Jaafar di Perak kerana anaknya ialah Ngah Ibrahim). Anak-anak perempuan diberi pangkal nama Tuan di Kelantan, atau "Nan" atau "Nang" di Terengganu (dipercayai dari perkataan "Nae" bererti "puteri' dalam bahasa Siam).